Senin, 19 Mei 2008

tugas etika profesi

AKHLAK, MORAL DAN ETIKA



Objektif :

1. Memahami perbezaan antara akhlak, moral dan etika

2. Memahami konsep akhlak menurut pandangan beberapa agama

3. Nilai positif akhlak yang diterima secara global

4. Hubungan etika dan undang-undang


Kepentingan dan penekanan

  1. Wawasan 2020 - dasar pembangunan negara dan masyarakat

  2. UKM –Pelan Strategik ke-5 meningkatkan sahsiah untuk kecemerlangan pelajar yang berilmu, berkualiti dan berbudi.


PENGERTIAN AKHLAK

    • Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang

    • Akhlak berasal dari bahasa Arab yaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.

    • Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula, ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al- Akhlaq’ merumuskan pengertian akhlak sebagai : Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan arti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ” Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin akhlak ialah “ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ”.


Keseluruhannya

Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.


Jenis Akhlak

Islam telah membahagikan akhlak kepada dua Yaitu akhlak yang mulia atau akhlak terpuji (Al-Akhlak Mahmudah) dan akhlak yang buruk atau akhlak tercela (Al-Akhlak Mazmumah). Menurut Imam Ghazali, akhlak yang mulia mempunyai empat perkara yaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan hawa nafsu) dan bersifat adil. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei "hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak, bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu” Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya."(Hadith Riwayat Ahmad).


AKHLAK DARI SUDUT PANDANGAN

BEBERAPA AGAMA

1. Agama Islam

2. Agama Hindu

3. Agama Buddha

4. Agama Kristian

5. Ajaran Confusionisme


Agama Islam

Para Rasulullah dipertanggungjawabkan memikul tugas membawa akhlak yang mulia-memperbaiki dan mengajar Akhlak terpuji yang perlu diikuti oleh umat Islam adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Menurut hadis riwayat Bukhari “Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al-Quran”. Menurut hadis riwayat Muslim “Sesempurna iman seseorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya”.


Agama Hindu

Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan prinsipprinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda-tanda kebaikan dalam agama Hindu ialah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Tanda-tanda kejahatan pula ialah perhambaan, sakit, fakir dan kecelakaan. Prinsip etika Hindu ialah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip “Brahma” yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat. Ia bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian, benar, sederhana dan suci. Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Brahma merupakan salah satu matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang.


Agama Buddha

Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan yaitu:

  1. Hidup manusia penuh penderitaan.

  2. Manusia menderita kerana nafsu.

  3. Manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana.

  4. Penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.

Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, pertapaan yang baik, perkataan yang baik, keinginan yang baik, kelakuan yang baik, usaha yang baik dan kehidupan yang baik.

Kerangka dasar ajaran Buddha ialah:

  1. Ajaran tentang Sradha (keyakinan).

Penganut Buddha harus memiliki keyakinan terhadap Tuhan, adanya para Buddha, kitab suci dan nirwana.

  1. Ajaran tentang sila (etika).

Sila atau budi pekerti manusia dititikberatkan supaya manusia boleh mencapai suatu kebijaksanaan yang sempurna. Kesempurnaan ini dapat diperoleh dengan mengamalkan enam jalan sempurna yaitu pemberian dalam bentuk kebendaan dan moral; keseimbangan, keteguhan dan kebersihan perbuatan, perkataan dan pemikiran; pemikiran yang tenang dan seimbang; semangat yang berkobar-kobar dan penuh perjuangan untuk mencapai tujuan; dan niat untuk mempersatukan pemikiran.

  1. Ajaran tentang rituil (bhakti).

Rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang harus dihormati




Agama Kristian

Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ- kitab Injil. Ajaran agama Kristian menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia. Ajaran asasnya ialah mencintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri. Old Testament (Perjanjian Lama) ada menyebutkan undang-undang yang berupa The Ten Commandments yang diperkenankan Tuhan melalui para nabi bertujuan supaya manusia mengamalkan cara hidup yang baik, di antaranya jgn berzina, menghormati kedua ibubapa, jgn membunuh, mencuri, etc

Old Testament juga menekankan keadilan, kejujuran dan berbuat baik. Dalam New Testament prinsip etika turut ditekankan. Tujuan hidup bukan hanya untuk mengumpul kebendaan, kedudukan dan pangkat kerana itu tidak kekal.


Ajaran Confusionisme

Ajaran Confusionisme dibawa oleh Kung Fu Tse, seorang ahli falsafah China yang terkenal membawa nilai-nilai murni dalam ajarannya. Ajaran etika beliau termasuklah:

  1. Orang yang bijaksana mampu untuk mencapai kesempurnaan berbanding dengan orang biasa.

  2. Kebijaksanaan boleh dicapai melalui proses berfikir, menaakul, menganalisis, meneliti dan belajar mencari kebenaran. Hanya kebenaran dapat menghasilkan etika yang baik.

  3. Mengasingkan diri dengan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan. Perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat dianggap beretika

  4. Sentiasa gemarkan majlis ilmu. Sentiasa menghadiri dan menganjurkan perbincangan yang berkaitan dengan ilmu secara terbuka.

  5. Membimbing dan menyebarluaskan ilmu berkaitan dengan etika kepada ahli masyarakat.

  6. Masyarakat digalakkan mengamalkan etika yang baik dan mengelakkan etika yang jahat supaya hidup selesa dan bahagia.


Faktor-faktor pembentukan akhlak mulia

1. Agama

2. Diri sendiri

3. Keluarga

4. Pendidikan

5. Persekitaran


Pengertian Moral

Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.

Dalam aspek ini kerap moral disamakan dengan etika. Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.” Berdasarkan kenyataan Peter Baelz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik system moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Pengertian Etika

Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya. Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya. Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan tingkah laku individu (Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002).

Sidi Gazalba dalam buku beliau Sistematika Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai lakuperbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal.

Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal perbuatan manusia. Etika juga merujuk kepada falsafah tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah.

Ini tidak serupa dengan moral yang merupakan ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan, lisan atau bertulis mengenai bagaimana manusia perlu bertindak supaya menjadi manusia yang baik.

Moral memandu manusia tentang cara bagaimana manusia harus bertingkah laku (tingkah laku baik) manakala etika pula mengenai mengapakah manusia mesti mengikuti arahan moral tersebut. Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.


Adakah Etika dan Moral Itu Sama?

Etika dan moral sering disalahfahami. Misalnya, penggodaman bukan masalah etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan capaian yang tidak mendapat kebenaran. Masalah etika adalah berkaitan dengan sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil.

Ruang lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral. Fokus etika lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan. Moral merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala

Etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah. Moral adalah sebahagian daripada etika. Terdapat pelbagai teori etika dan teori-teori ini mengandungi penyataan :

Deskriptif

Teori etika dengan penyataan deskriptif memberitahu dan menerangkan bagaimana tingkahlaku manusia atau sesuatu masyarakat serta peraturan etika mereka.

Normatif

Teori etika dengan penyataan normatif memberitahu kita apakah tindakan yang patut dibuat dan apakah tindakan yang betul.


Adakah etika bersifat relatif?

Perbuatan

1. Mencuri

2. Perempuan tua miskin mencuri kerana anaknya kelaparan

3. Perhambaan

4. Pengguguran anak

5. Homoseksual dan lesbian

Jelas apa yang kita fikir benar tidak semestinya benar bagi orang lain. Benar dan salah adalah konsep yang relatif. Ahli etika relatif menolak kebenaran dan kesalahan yang universal. Mereka berpendapat tidak wujud moral benar dan salah secara universal. Benar dan salah adalah relatif bagi sesuatu masyarakat bergantung kepada budaya dan pemikiran mereka.


Membuat Keputusan Etika

Membuat keputusan etika memberi panduan untuk membantu seseorang menganalisa keadaan dengan melihat dari beberapa sudut yaitu :

1. Hubungan keadaan etika dengan undangundang

2. Alasan-alasan formal dan informal

3. Berlandaskan prinsip-prinsip, teori etika.








ALASAN-ALASAN FORMAL DAN INFORMAL

INFORMAL

1. Siapakah yang merahsiakan keadaan?

2. Apakah pendapat keluarga?

3. Adakah umum tahu?

4. Adakah aktiviti tersebut diiklan untuk tujuan keuntungan?


FORMAL

1. Adakah tindakan ini melanggar polisi korporat?

2. Adakah perbuatan ini melanggar kod etika professional?

3. Adakah beliau melanggar peraturan syarikat?


Prinsip-Prinsip Teori Etika

Prinsip-prinsip etika juga menyumbang dalam membuat keputusan etika. Berdasarkan prinsip ini individu mempunyai tanggungjawab seperti:

  1. Memupuk kepercayaan

  2. Memperbaiki moral diri dan berusaha tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermanfaat

  3. Menghormati keputusan dan menghargai orang lain

  4. Berlaku adil, amanah dan jujur

  5. Membantu mereka yang dalam kesusahan


Jumat, 09 Mei 2008

MASUKNYA PAHAM-PAHAM BARU DARI EROPA TERHADAP PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Nasionalisme
Istilah nasionalisme, liberalisme, sosialisme dan demokrasi merupakan pahampaham baru yang berkembang pada awal abad ke 19. Di Eropa paham-paham baru tersebut muncul sebagai akibat dari terjadinya Revolusi Perancis dan Revolusi Industri. Nasionalisme mulanya dianggap sebagai sesuatu yang khas terjadi di Eropa. Secara kosmopolitan, pengertian nasionalisme dilakukan oleh Lord Acton (Inggris). Menurut Lord Acton, awal timbulnya nasionalisme adalah absolutisme. Walaupun dalam perkembangannya absolutisme tidak mau menerima kemutlakan warga negara untuk bersatu dalam demokrasi.
Menurut Hans Kohn, nasionalisme adalah suatu paham yang menempatkan kesetiaan tertinggi dari rakyatnya kepada negara dan bangsa.
Menurut Joseph Ernest Renan, nasionalisme adalah sekelompok manusia yang berkeinginan untuk hidup bersatu.
Menurut Lothrop Stoddard nasionalisme adalah kepercayaan yang hidup dalam hati rakyat yang berkumpul menjadi satu bangsa.
Aspek mendasar timbulnya nasionalisme adalah aspek sejarah. Melalui aspek sejarah biasanya suatu bangsa memiliki rasa senasib sepenanggungan serta harapan untuk menggapai masa depan yang lebih baik. Dengan demikian nasionalisme adalah sikap politik dan sikap sosial suatu kelompok masyarakat yang memiliki kesamaan budaya, wilayah, tujuan dan cita-cita.
Nasionalisme sebagai suatu peristiwa sejarah, selalu bersifat kontekstual (artinya meruang dan mewaktu), sehingga nasionalisme di suatu daerah dengan daerah lain atau antar zaman tidaklah sama. Misalnya saja bagi negara yang sudah lama merdeka dan kuat, nasionalisme dapat mengarah pada imperialisme. Biasanya nasionalismenya bersifat konservatif. Bagi negara semacam ini akan mempersulit perkembangan nasionalisme di daerah-daerah jajahannya. Sedangkan bagi negara yang masih terbelenggu imperialisme biasanya nasionalisme bersifat revolusioner dan progresif. Dengan demikian nasionalisme sarat dengan kepentingan suatu bangsa.
Tumbuh dan berkembangnya nasionalisme sangat dipengaruhi oleh nasionalisme yang dianut kelompok dominan suatu bangsa. gerakan nasionalisme yang mulanya lebih menekankan pada kesetiaan dan menjaga keutuhan negara, dapat pula berkembang menjadi sikap untuk menguasai wilayah lain karena Hal ini disebabkan adanya perasaan sebagai negara paling besar dan berpengaruh. Sikap yang berlebihan ini dikenal dengan istilah ultranasionalisme. Gerakan ultransionalisme ini diwujudkan dengan keinginan untuk menguasai bangsabangsa lain. Contohnya bangsa Belanda yang menjajah bangsa Indonesia, bangsa Inggris yang menjajah Irlandia dsb. Selain adanya gerakan ultransionalisme, nasionalisme dapat pula mengarah pada chauvinisme, yaitu paham yang menganggap dirinya sebagai suatu bangsa yang terbaik. Dengan begitu di satu sisi, nasionalisme akan memberi suatu kepercayaan diri yang kuat.

Sengketa Jepang Pada Masa Restorasi Meiji

Sengketa Jepangn

Di Jepang sejak Restorasi Meiji dan kemenangan Jepang atas Rusia (1904 – 1905), serta kekuatan militernya yang sangat besar mendorong Jepang menemukan perwujudan imperialisme ingin menguasai negara-negara di Asia dengan konsep pemakmuran bersama Asia Timur Raya.

Jepang setelah Tokugawa, tepatnya pada era Restorasi Meiji tahun 1868 Jepang telah berhubungan dengan dunia Barat, dimana orang-orang Jepang berangkat untuk belajar, misalnya ke Jerman mempelajari antara lain perdagangan maritim. Tahun 1895 Jepang menjadi negara Modern dan telah menganut sistim hukum modern. Namun, pada saat sekarang ini Jepang dihadapkan dengan gelombang globalisasi, yang merupakan gelombang ketiga reformasi hukum secara besar-besaran setelah modernisasi Meiji. Globalisasi ekonomi Jepang membuat ‘sistim’ tradisional menjadi besar dan juga kini membutuhkan sistim baru yang menunjukkan standar global. Aktivitas perdagangan dan bisnis Jepang, baik di dalam dan luar Jepang, telah membuat makin banyak sengketa perdagangan dalam lingkup cross-border.

Sengketa terjadi karena adanya perbedaan kepentingan masing-masing para pihak, yaitu bila ada interaksi antara dua orang atau lebih, dimana salah satu pihak percaya bahwa kepentingannya tidak sama dengan kepentingan yang lain. Untuk sengketa tersebut, cara terbaik mencegahnya, agar sengketa tidak terjadi adalah menjamin bahwa masing-masing pihak mengetahui apa yang diinginkan pihak lain dan menangkap dengan jelas, misalnya perjanjian tertulis diantara para pihak.

Di samping itu, meningkatkan pengetahuan masing-masing pihak tentang kepentingan orang lain akan dapat menurunkan peluang terjadinya suatu sengketa. Perlu diingat bahwa sengketa dapat dengan mudah terjadi, apabila masing-masing pihak tidak saling mengenal antara satu sama lain dan bila mereka memaksakan format bisnisnya yang baru atau bila mereka berasal dari budaya yang berbeda. Jepang Pada zaman Tokugawa, telah menerapkan konsiliasi (chotei) sebagai penyelesaian sengketa alternatif. Selanjutnya dituangkan dalam bentuk Undang-Undang Konsiliasi Perdata atau “Minji Chotei Ho” pada tahun 1951.

Jumat, 04 April 2008

Adakah Etika dan Moral Itu Sama?

Pengertian Moral

Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral.

Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.

Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza. Dalam aspek ini kerap moral disamakan dengan etika.

Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.” Berdasarkan kenyataan Peter Baelz, moral dan etika mempunyai persamaan.

Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.


Pengertian Etika

Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya. Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya.

Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan tingkah laku individu (Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002).

Sidi Gazalba dalam buku beliau Sistematika Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai lakuperbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk

dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal perbuatan manusia.

Etika juga merujuk kepada falsafah tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Ini tidak serupa dengan moral yang merupakan ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan, lisan atau bertulis mengenai bagaimana manusia perlu bertindak supaya menjadi manusia yang baik.

Moral memandu manusia tentang cara bagaimana manusia harus bertingkah laku (tingkah laku baik) manakala etika pula mengenai mengapakah manusia mesti mengikuti arahan moral tersebut.

Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.

Perbedaan Etika dan Moral

Etika dan moral sering disalahfahami. Misalnya, penggodaman bukan masalah etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan capaian yang tidak mendapat kebenaran.

Masalah etika adalah berkaitan dengan sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil. Ruang lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral.

Fokus etika lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan.

Moral merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan

masalah betul atau salah. Moral adalah sebahagian daripada etika.

Terdapat pelbagai teori etika dan teori-teori ini mengandungi penyataan :


Deskriptif

Teori etika dengan penyataan deskriptif memberitahu dan menerangkan bagaimana tingkahlaku manusia atau sesuatu masyarakat serta peraturan etika mereka.


Normatif

Teori etika dengan penyataan normatif memberitahu kita apakah tindakan yang patut dibuat dan apakah tindakan yang betul.

Adakah etika bersifat relatif?

Perbuatan

1. Mencuri

2. Perempuan tua miskin mencuri kerana anaknya kelaparan

3. Perhambaan

4. Pengguguran anak

5. Homoseksual dan lesbian

Jelas apa yang kita fikir benar tidak semestinya benar bagi orang lain.

Benar dan salah adalah konsep yang relatif.

Ahli etika relatif menolak kebenaran dan kesalahan yang universal. Mereka berpendapat tidak wujud moral benar dan salah secara universal. Benar dan salah adalah relatif bagi sesuatu masyarakat bergantung kepada budaya dan pemikiran mereka.

Membuat Keputusan Etika Membuat keputusan etika memberi panduan untuk membantu seseorang menganalisa keadaan dengan melihat dari beberapa sudut iaitu :

1. Hubungan keadaan etika dengan undangundang

2. Alasan-alasan formal dan informal

3. Berlandaskan prinsip-prinsip, teori etika.

Etika Profesi

Etika profesi adalah cabang filsafat yang mempelajari penerapan prinsip-prinsip moral dasar atau norma-norma etis umum pada bidang-bidang khusus (profesi) kehidupan manusia.

Istilah profesi adalah suatu hal yang berkaitan dengan bidang tertentu atau jenis pekerjaan (occupation) yang sangat dipengaruhi oleh pendidikan dan keahlian, sehingga banyak orang yang bekerja tetapi belum tentu dikatakan memiliki profesi yang sesuai. Dengan keahlian saja yang diperoleh dari pendidikan kejuruan, juga belum cukup untuk menyatakan suatu pekerjaan dapat disebut profesi. Tetapi perlu penguasaan teori sistematis yang mendasari praktek pelaksaan, & penguasaan teknik intelektual yang merupakan hubungan antara teori dan penerapan dalam praktek. Maka orientasi utama profesi adalah untuk kepentingan masyarakat dengan menggunakan keahlian yang dimiliki. Akan tetapi tanpa disertai suatu kesadaran diri yang tinggi, profesi dapat dengan mudahnya disalahgunakan oleh seseorang seperti pada penyalahgunaan profesi seseorang dibidang komputer misalnya pada kasus kejahatan komputer yang berhasil mengcopy program komersial untuk diperjualbelikan lagi tanpa ijin dari hak pencipta atas program yang dikomesikan itu. Sehingga perlu pemahaman atas etika profesi dengan memahami kode etik profesi.

Profesi adalah pekerjaan yang membutuhkan pelatihan dan penguasaan terhadap suatu pengetahuan khusus. Suatu profesi biasanya memiliki asosiasi profesi, kode etik, serta proses sertifikasi dan lisensi yang khusus untuk bidang profesi tersebut. Contoh profesi adalah pada bidang hukum, kedokteran, keuangan, militer, dan teknik.

Karakteristik Profesi

Profesi adalah pekerjaan, namun tidak semua pekerjaan adalah profesi. Profesi mempunyai karakteristik sendiri yang membedakannya dari pekerjaan lainnya. Daftar karakterstik ini tidak memuat semua karakteristik yang pernah diterapkan pada profesi, juga tidak semua ciri ini berlaku dalam setiap profesi:

  1. Keterampilan yang berdasar pada pengetahuan teoretis: Profesional diasumsikan mempunyai pengetahuan teoretis yang ekstensif dan memiliki keterampilan yang berdasar pada pengetahuan tersebut dan bisa diterapkan dalam praktek.
  2. Asosiasi profesional: Profesi biasanya memiliki badan yang diorganisasi oleh para anggotanya, yang dimaksudkan untuk meningkatkan status para anggotanya. Organisasi profesi tersebut biasanya memiliki persyaratan khusus untuk menjadi anggotanya.
  3. Pendidikan yang ekstensif: Profesi yang prestisius biasanya memerlukan pendidikan yang lama dalam jenjang pendidikan tinggi.
  4. Ujian kompetensi: Sebelum memasuki organisasi profesional, biasanya ada persyaratan untuk lulus dari suatu tes yang menguji terutama pengetahuan teoretis.
  5. Pelatihan institutional: Selain ujian, juga biasanya dipersyaratkan untuk mengikuti pelatihan istitusional dimana calon profesional mendapatkan pengalaman praktis sebelum menjadi anggota penuh organisasi. Peningkatan keterampilan melalui pengembangan profesional juga dipersyaratkan.
  6. Lisensi: Profesi menetapkan syarat pendaftaran dan proses sertifikasi sehingga hanya mereka yang memiliki lisensi bisa dianggap bisa dipercaya.
  7. Otonomi kerja: Profesional cenderung mengendalikan kerja dan pengetahuan teoretis mereka agar terhindar adanya intervensi dari luar.
  8. Kode etik: Organisasi profesi biasanya memiliki kode etik bagi para anggotanya dan prosedur pendisiplinan bagi mereka yang melanggar aturan.
  9. Mengatur diri: Organisasi profesi harus bisa mengatur organisasinya sendiri tanpa campur tangan pemerintah. Profesional diatur oleh mereka yang lebih senior, praktisi yang dihormati, atau mereka yang berkualifikasi paling tinggi.
  10. Layanan publik dan altruisme: Diperolehnya penghasilan dari kerja profesinya dapat dipertahankan selama berkaitan dengan kebutuhan publik, seperti layanan dokter berkontribusi terhadap kesehatan masyarakat.
  11. Status dan imbalan yang tinggi: Profesi yang paling sukses akan meraih status yang tinggi, prestise, dan imbalan yang layak bagi para anggotanya. Hal tersebut bisa dianggap sebagai pengakuan terhadap layanan yang mereka berikan bagi masyarakat.